Jahitan langsir pelmet adalah antara jenis jahitan langsir yang selalu menghiasi rumah-rumah kediaman. Namun, walaupun ia mudah dihasilkan, ia menjadi tarikan utama untuk mana-mana kediaman rumah. Jadi, pada kali ini, penulis ingin membincangkan tentang kebaikan dan keburukan jika anda menempah jahitan langsir pelmet ini.
Ciri-Ciri Jahitan Langsir Pelmet Yang Perlu Diketahui.
Secara umumnya, jahitan langsir pelmet ini boleh dihasilkan dengan menggunakan board kayu yang nipis. Ini bertujuan untuk menjadikannya lebih cantik dan kemas. Malah, ada juga jahitan langsir pelmet yang dihasilkan dengan menggunakan fabrik. Fabrik yang dimaksudkan ialah fabrik yang tidak keras. Namun, untuk kelihatan lebih moden, langsir pelmet ini cantik jika ditambahkan dengan board kayu.
Kebaikan Jahitan Langsir Pelmet.
Berikut adalah kebaikan jahitan langsir pelmet. Penulis akan cuba menggariskannya dengan ringkas berdasarkan pengalaman penulis dalam menjahit langsir ini.
1) Tidak menggunakan banyak fabrik. Jahitan langsir pelmet ini tidak menggunakan banyak fabrik. Jadi anda boleh berjimat dalam menghasilkan rekaan sebegini terutamanya dalam situasai ekonomi Negara sekarang ini.
2) Amat mudah dihasilkan. Teknik jahitan langsir pelmet ini juga amat mudah dihasilkan. Jadi jika anda baru berjinak-jinak untuk menghasilkan langsir kediaman sendiri, fesyen rekaan langsir ini sesuai untuk anda sebagai pemula.
Design langsir nampak moden. Design langsir ini juga nampak moden. Di mana, hiasan rumah anda akan kelihatan lebih ceria dengan nafas baru.
Design langsir nampak kemas. Tidak cukup dengan itu, rekaan langsir sebegini lebih nampak kemas dengan penambahan board pada dinding.
Mudah digabungkan dengan corak langsir lain. Adapun rekaan langsir ini lebih mudah dibentuk dan digabung jalinkan dengan corak langsir yang lain.

Keburukan jahitan langsir pelmet.
Adapun terdapat beberapa keburukan dalam jahitan langsir pelmet ini. Namun, keburukan ini tidaklah satu perkara yang besar.
1. Menggunakan lebih 1 rail. Langsir pelmet mestilah lebih daripada 1 rail. Minimum rail yang sesuai digunakan adalah 2 rail. Jika tidak, langsir pelmet ini tidak boleh dihasilkan dengan cantik.
2. Sukar Dicuci. Penggunaan kertas keras akan menyebabkan langsir pelmet tidak boleh dicuci dengan cucian mesin. Langsir ini hanya boleh dicuci secara cermat dengan cucian buih sahaja.
3. Board bersifat kekal. Board pelmet pula bersifat kekal dan tidak boleh diubah-ubah. Ini menyebabkan kos yang besar terpaksa ditanggung bagi menggantikan board pelmet yang baru.
Jadi, jika anda inginkan sesuatu yang moden dan cantik, jahitan langsir pelmet ini amat sesuai untuk rumah kediaman anda.
Credit To : akademi2u.com

No comments:
Post a Comment