Syukur Alhamdulillah, kali ini Ai Curtains diberi kepercayaan untuk menghiasi ruang kediaman milik Tuan Ahyat Ishak, salah seorang ikon pejuang hartanah yang sangat terkenal di Malaysia. Kediaman 3 tingkat yang mempunyai 6 bilik dan 2 dapur ini sangat mewah dengan perabot yang mahal, tetapi jika tidak dilengkapi dengan langsir yang cantik, suasana kediaman akan memberi penampakan kurang menarik dan kurang selesa kepada si penghuni.
14 Ogos 2018, kami mula memasang langsir dan bidai di setiap tingkat kediaman mewah tersebut. Bermula dari ruang tingkat bawah yang mempunyai ruang tamu, ruang makan, 1 bilik tidur, dapur basah dan dapur kering. Tingkat 2 pula mempunya 1 bilik utama dan 1 bilik bacaan, manakala di tngkat 3 terdapat 3 bilik. Bilik air dihiasi dengan roller blinds supaya tidak menampakkan kelibat di penghuni di dalam dan semestinya menutup aurat hartanah kediaman ini.
 |
Ruang tamu sebelum langsir di pasang memberi suasana suram dan panas. |
 |
Kami memasang Day Curtain dahulu jenis Marissa dengan ruang lebih tinggi agar suasana ruang tampak lebih luas |
 |
Ruang tamu tampak lebih elegan dan kontemporari selepas pemasangan langsir dari Ai Curtains |
 |
Langsir jenis Night Curtain Linen Blackout dipadankan dengan Day Curtain jenis Linen dan Marissa |
 |
Ruang makan sebelum pemasangan langsir |
 |
Ruang makan selepas pemasangan langsir |
Ikon hartanah ini lebih senang memilih bidai untuk ruang dapur basah dan dapur kering kediamannya yang memberi suasana tampak lebih elegan dan kontemporari. Bidai jenis "zebra blind" menjadi pilihan utama supaya pengendalian yang mudah untuk di jaga dan di bersihkan.
 |
Dapur basah sebelum pemasangan zebra blinds |
 |
Dapur kering sebelum pemasangan zebra blinds |
 |
Woww!! Suasana dapur basah semakin menarik selepas pemasangan bidai, lebih kemas dan rapi. |
 |
Dapur kering juga tampak lebih simple dan kemas selepas pemasangan zebra blinds |
Langsir di ruang bilik tidur dipadankan dengan warna katil yang sangat sweet, pink peach, jom kita lihat kemasan langsir di bilik tidur pula.
 |
Bilik tidur tetamu yang belum dipasang langsir |
 |
Kemasan langsir dipadankan sewarna dengan katil memberi suasana romantis sesuai untuk bilik anak gadis |
 |
Bilik Master sebelum pemasangan langsir |
 |
Bilik master selepas pemasangan langsir |
 |
Ruang bilik tetamu sebelum pemasangan langsir, panas dan aurat hartanah tidak ditutup. |
 |
Selepas pemasangan langsir di bilik tetamu ini, suasana tampak lebih harmoni, privacy dan sopan |
 |
Begitu juga bilik ini, sebelum pemasangan langsir, boleh nampak rumah sebelah |
 |
Yeahhh!! kemas bukan |
Tidak lupa juga ruang keluarga untuk menonton perlu dititikberatkan bagi mengembalikan mood letih dan ingin melelahkan stress tatkala kepenatan seharian bekerja. Jom kita lihat, susunan dan pemilihan warna untuk ruang keluarga pula.
 |
Ruang keluarga sebelum langsir di pasang |
 |
Ruang keluarga selepas langsir dipasang, walaupun agak sempit tetapi mampu memberikan suasana selesa dan merehatkan |
Pemilihan cat dinding warna sejuk ditambah pula langsir jenis Night Blackout membaca corak kontemporari dan memberikan mood tenang dan sejuk bagi pemilik rumah mewah ini. Padanan lantai dan cat dinding amat memberikan keselesaan malah ianya juga mempengaruhi personaliti pemilik kediaman.
Bagi anda yang ingin mendapatkan khidmat nasihat kami tentang pemilihan warna langsir, pemilihan kain mengikut bajet dan penyusunan ruang perabot, pemilihan wallpaper, dan khidmat nasihat berkaitan kediaman anda, boleh terus hubungi
team Ai Curtains untuk konsultasi secara percuma. Boleh juga melawat ke showroom kami yang terletak di Denai Alam.
No comments:
Post a Comment