Bagaimana Nak Ukur Tingkap?

French Pleat

Assalamualaikum,

Entry kali ni Kak Wani nak kongsi cara untuk mengukur tingkap dan nak matchkan dengan ukuran kain untuk dijadikan langsir. 


Untuk tingkap sila ukur tinggi X lebar . Kalau gambar kat atas ni kadang lebar A - B ada setengah org dia lebar kan sket and ada sesetengahnya akan ambil ngam ngam . So anda boleh ukur dari rail langsir anda .


panjang pun berbeza beza ...ada suka ala skirt senteng ada suka paras lutut and ada suka paras ke lantai hahahha tak ley blah perumpamaan tew . So tgk panjang yg anda suka . So lepas anda ukur tinggi n lebar tingkap ...please decide panjang langsir anda.


Untuk menampakkan ruang yang luas, Kak Wanie cadangkan ukuran di ambil dari siling terus ke lantai macam gambar di bawah ni...






1) mula-mula kena tahu berapa keping kain diperlukan. (tingkap 2 panel selalunya 2 keping kain langsir)

2) setiap keping, berapa panjang kain diperlukan.

Cara pengiraan berapa keping kain diperlukan:
a) lebar rail langsir x 2 = A (dpt la kedut2 byk)
b) A bahagi dengan lebar bidang langsir yang nak di beli (ada bidang 54, bidang 60)
c) hasil bahagi ni menentukan berapa keping langsir di perlukan untuk cover tingkap itu..

cth :
lebar rail 60 inci
x2 =120inci

langsir yg nak dibeli tu,lebar bidang 60
= 120/60,
=2
maka, 2 keping la jumlah langsir nk cover tingkap tu


Pengiraan untuk panjang kaian yang harus dibeli:
1)tinggi dr rail smpai ke labuh yg dikehendaki
2)cmpo 8 inci (1 inci basi atas, 7 inci basi bwh)
3) jumlah nya kita namekan sbg T
4) T x bil keping langsir, ikot kiraan kt atas td, 2 keping kan, so T x 2. maka,tulah jumlah kain yg perlu beli

cth :
tinggi rail smpai lantai (nk wat langsir labuh la ni) = 90 inci
campurkan dgn basi 8 inci =98 inci

dari kira-kira kat atas tadi, kita perlukan 2 keping langsir kan.
so 98 inci x2 = 196 inci


so, convert kepada meter . 196 inci =4.97meter
so boleh la bli 5 meter kain langsir yg berbidang 60inci


( credit to blog Demi masa utk pengiraan ni ) 

No comments:

Post a Comment

INSTAGRAM FEED

@ai_curtains

GET A QUOTATION


Want to know how much our curtains costs? Leave a message with us and will gladly give you a quotation. Better yet, you could request for a site visit or drop by our showroom and take a look at what we have.