Jahitan langsir terkini sangat sinonim dengan langsir yang moden. Ia menjadi pilihan terutamanya kepada golongan muda yang baru berkeluarga. Sebab itulah terdapat pelbagai jenis langsir yang dijual secara readymade atau pasang siap di pasaran. Malah, turut juga disediakan aneka jahit langsir terkini yang boleh dibeli.
Fabrik Polos Atau Fabrik Bercorak Pilihan Jahit Langsir Terkini.
Justeru, sekiranya anda ingin memiliki apa jua design jahitan langsir terkini pada tahun ini, ia mudah diperoleh dan mudah juga untuk dijahit. Ada yang menggunakan fabrik polos dan ada juga yang menggunakan fabrik bercorak. Ya, seingat penulis, langsir bentuk moden ini agak mudah dijahit. Ini kerana ia hanya menggunakan jahitan lurus sahaja sewaktu menjahitnya.
Namun, jika anda yang berumur, pastinya rekaan langsir yang bercorak-corak menjadi pilihan. Sebagaimana gandingan pattern-pattern yang berlainan yang digabungkan dalam satu rekaan langsir. Ia akan lebih menarik dengan gaya tersendiri. Oleh sebab itulah bagi kediaman sebegini, ia biasanya mempunyai 3 railing langsir dan satu railing kayu. Ia menjadikan 4 railing kesemuanya. Ya! 4 railing digunakan untuk satu-satu tingkap kediaman.
Menggunakan 4 Railing Untuk Jahit Langsir Terkini Pada Setiap Tingkap.
Mengapakah hal ini berlaku? Hal ini berlaku kerana untuk memudahkan penggunaan langsir pada tingkap tersebut. Ini kerana langsir day curtain dan night curtain dihasilkan secara berasingan. Dan 2 railing lagi digunakan sebagai kening ataupun penyeri langsir. Sebab itulah railing langsir tersebut dihasilkan secara berlapis-lapis. Ia mempunyai fungsinya tersendiri seperti yang dimaklumkan penulis sebelum ini.
Walau bagaimanapun, untuk menghasilkan jahit langsir sebegitu, ia memerlukan gabungan pelbagai jenis pattern langsir. Dan tidak sekadar jahitan lurus sahaja. Barulah rekaan jahit langsir tersebut akan cantik dan menarik. Oleh yang demikian, bagi anda yang merupakan golongan muda, rata-ratanya tidak begitu berminat menghasilkan rekaan jahit langsir sedemikian. Ini kerana kos upahnya sedikit mahal dan tinggi.
Upah Tempahan Jahit Langsir Akan Menjadi Mahal Sedikit.
Walaupun upah untuk sesuatu langsir tersebut tidak terlampau mahal tetapi apabila dihasilkan berlapis-lapis, ia tetap menjadi mahal juga. Rata-rata golongan ini mempunyai citarasa yang berbeza dalam melihat jahit langsir terkini. Ia mengikut citarasa dan pilihan mereka sendiri.
Oleh yang demikian, tepuk dada dan tanyalah selera anda, yang manakah pilihan dan kegemaran anda. Sama ada anda berminat dengan rekaan jahit langsir terkini yang mewah ataupun rekaan yang sederhana sahaja. Ia mengikut citarasa individu yang berbeza-beza sesuai dengan bajet. Juga selari dengan pilihan masing-masing.
No comments:
Post a Comment