Asas Jahitan Langsir – 4 Perkara Perlu Diketahui


Asas jahitan langsir merupakan pengetahuan permulaan yang perlu anda ketahui sebelum anda membeli atau menghasilkan langsir. Ini kerana dengan mengetahui sedikit sebanyak tentang asas jahitan langsir ini, anda akan dapat menentu, mengagak dan mengetahui kos tempahan jahitan langsir anda dengan mudah dan tepat.

Mengetahui Jenis Fabrik Sebagai Asas Jahitan Langsir.

Pada asasnya, anda perlu mengetahui jenis langsir atau fabrik yang bakal digunakan. Sama ada ia digunakan pada cermin atau pintu rumah kediaman anda, mahupun pejabat anda. Ini kerana corak untuk ketiga-tiga tempat ini adakalanya akan berbeza mengikut keadaan dan situasi. Adapun ia dapat memberikan idea dan gambaran awal kepada si penjahit langsir untuk memberikan cadangan kepada anda.




Bahan Asas Jahitan Langsir Yang Perlu Dimiliki.

Selain itu juga, bahan asas yang digunakan dalam menghasilkan satu-satu langsir perlu dimiliki oleh anda. Bahan-bahan asas jahitan langsir ini adalah seperti berikut:-

1. Kain;
2. Gunting;
3. Pembaris lurus;
4. Pembaris lengkung;
5. Kapur;
6. Pita pengukur tukang rumah;
7. Kertas majung; dan
8. Gunting.

Itulah di antara 8 bahan-bahan asas yang digunakan untuk menghasilkan jahitan langsir anda. Sungguhpun bahan-bahan di atas tidak digunakan secara meluas, namun ia hanya lebih difokuskan kepada jahitan langsir. Jika anda mempelajari asas jahitan langsir, kesemua bahan di atas amat penting sekali dimiliki. Selain daripada bahan-bahan yang digunakan sebagai asas kepada jahitan langsir ini, anda juga perlu mengetahui cara menghasilkan langsir supaya tidak ditipu semasa membeli ataupun menempah jahitan langsir rumah kediaman anda.


Ketahui Cara Pengiraan dan Upah Tempahan Jahitan Langsir.

Ketiganya, dalam mempelajari asas jahitan langsir ini, anda perlu mengetahui cara pengiraannya pula. Sebenarnya, secara umum pengiraan jahitan langsir ini bergantung kepada aspek-aspek seperti berikut:-

1. Bagaimana corak langsir yang ingin dihasilkan;
2. Berapa besar langsir yang diingini; dan
3. Aksesori yang ingin ditambah pada langsir.

Justeru, cara mengira upahnya pula bergantung kepada si penjahit. Sama ada menggunakan kaki, ataupun mengikut panel langsir. Namun, pengiraan upah ini perlu diasingkan seperti badan langsir, kening langsir ataupun aksesori langsir. Kesemuanya perlu dikira secara berasingan.

Jadi, tidak hairanlah, jika upah menjahit langsir ini dikatakan mempunyai harga yang sedikit tinggi berbanding dengan upah jahitan pakaian. Ini kerana fabrik yang digunakan juga adalah banyak berbanding dengan pakaian yang hanya melibatkan 4 hingga 6 meter kain sahaja. Itupun ia juga bergantung kepada saiz individu sama ada individu tersebut berbadan kurus ataupun berbadan gempal. Oleh kerana itulah upah jahitan langsir ini sedikit tinggi harganya.

Adapun, asas jahitan langsir ini biasanya melibatkan jahitan lurus sahaja. Sama ada dihasilkan pleat ataupun lipatan yang bertindih ataupun bertemu. Inilah yang menjadikan langsir yang digantung akan nampak lebih kemas berbanding dengan jahitan jelujur biasa. Di mana jahitan jelujur biasa hanya dihasilkan pada badan langsir sahaja.

Mengukur Tinggi dan Lebar Langsir Secara Tepat.

Keempatnya pula, pengukuran tinggi dan juga lebar langsir perlu diambil secara tepat. Jika tidak, ia akan merugikan pelanggan anda kerana terpaksa membeli kain langsir yang banyak. Jika satu-satu langsir tidak mempunyai railing, maka ia akan diukur mengikut ukuran tingkap. Manakala jika railingnya sudah siap di pasang, ukuran langsir perlulah mengikut railing yang telah digantung itu. Sebab itulah, setiap rumah adakalanya tidak sama dari segi penggunaan kain. Ini kerana ia berdasarkan kepada corak ataupun ukuran tingkap rumah tersebut.

Dengan sedikit pengetahuan asas jahitan langsir ini, diharap anda boleh menjadi pengguna yang bijak dalam mengupah si penjahit langsir untuk rumah kediaman anda.

No comments:

Post a Comment

INSTAGRAM FEED

@ai_curtains

GET A QUOTATION


Want to know how much our curtains costs? Leave a message with us and will gladly give you a quotation. Better yet, you could request for a site visit or drop by our showroom and take a look at what we have.