Pemilihan Warna Biru Untuk Ruang Kediaman Nampak Sejuk Dan Tenang

Assalamualaikum, dan Salam Sejahtera kepada pembaca blog Ai Curtains. 

Kali ini saya akan berkongsi tips.. Bagaimana memilih warna yang sesuai untuk kediaman anda. Pemilihan warna yang sesuai adalah penting dalam menentukan keceriaan sesebuah kediaman. Kesilapan memilih warna, mengundang padah..ini kerana warna yang tidak sesuai akan mencacatkan pemandangan dan memberi impak negatif kepada emosi seseorang.


Secara keseluruhan terdapat warna yang hanya sesuai untuk ruang atau bilik tertentu dan ia amat penting untuk anda ketahui sebelum anda memilih warna yang ingin anda gunakan yang ­ingin digunakan nanti. Sebagai contoh , ruang tamu umpamanya, warna terang amat sesuai untuk disesuaikan dengan ruang ini kerana ia menjadi ruang anda akan lalui sehari hari ketika masuk dan keluar rumah.





Warna biru sesuai bagi yang ingin ketenangan, kerana warna ini dapat mewujudkan suasana yang santai dan damai. Manakala warna hijau melambangkan kesegaran dan keselesaan. Warna Kelabu pula menjadikan ruang tamu kelihat moden dan harmoni..manakala warna kuning melambangkan kemewahan dan elegen. Padanan warna terang dan gelap perlu disesuai dengan betul agar menghasilkan kombinasi warna yang menarik. Seperti di atas kombinasi warna biru dan putih menjadikan ruang tersebut nampak menarik. 

Kalau boleh elakkan menggunakan warna yang terlalu terang untuk keseluruhan ruang..seperti warna kuning dan merah. Ini kerana penggunaan warna yang keterlaluan akan menyakitkan mata memandang. Warna gelap sesuai untuk ruang yang luas dan cahaya yang terang atau mencukupi. Akhir sekali dapatkan nasihat daripada pakar, sekiranya anda tidak begitu pasti.








Berikut adalah contoh rumah pelanggan kami di Bandar Hillpark, Puncak Alam yang memilih warna biru untuk kediaman beliau. Cantik bukan!

No comments:

Post a Comment

INSTAGRAM FEED

@ai_curtains

GET A QUOTATION


Want to know how much our curtains costs? Leave a message with us and will gladly give you a quotation. Better yet, you could request for a site visit or drop by our showroom and take a look at what we have.