Tips Hias Rumah Ruang Sempit


Kali ini saya akan berkongsi beberapa panduan bagaimana menghias rumah yang mempunyai ruang yang sempit. Panduan ini boleh diguna pakai bagi mereka yang tinggal di Flat, Apartment, mahupun rumah teres. 



5 RAHSIA HIAS RUMAH SEMPIT

1. Tentukan tema dekorasi berpandukan warna, corak dan motif yang membantu memberikan kesan bagi ruang seperti warna yang lembut, cerah dan corak yang meninggi ke siling.

2. Gunakan beberapa jenis lampu dan cermin di bahagian dinding bagi menampakkan efek ruang yang lebih luas. Sebagai contoh anda boleh gantungkan cermin yang besar dengan pencahayaan penuh. Ini memberi ilusi pantulan dan kesan pencahayaan akan menampakkan ruang lebih luas.

3. Penyusun perabot juga memainkan peranan yang penting. Seeloknya kenal pasti apakah fungsi ruang dan susun perabut mengikut fungsi ruang tersebut agar nampak praktikal dan sesuai. Pastikan juga ada ruang untuk anda bergerak dan aktiviti lain seperti ruang untuk anak-anak anda bermain. Beli perabut yang padan dengan saiz ruang rumah. 

4. Pamerkan, perhiasan dan aksesori yang bersesuaian sahaja. Sebagai contoh frame gambar, bunga hiasan dan sebagainya. Jangan letak terlalu banyak aksesori dan perhiasan, kerana ia akan membuatkan ruang menjadi sesak dan sempit.

5. Gatungkan langsir yang tinggi dari siling ke lantai bagi menampakkan kesan yang luas dan menampakkan ketinggian siling. Bagi menjadikan ianya lebih menarik, seeloknya gunakan fabrik yang lembut dan beralun.

keadaan tingkap sebelum pemasangan langsir kelihatan ruang dalam kediaman agak sempit


No comments:

Post a Comment

INSTAGRAM FEED

@ai_curtains

GET A QUOTATION


Want to know how much our curtains costs? Leave a message with us and will gladly give you a quotation. Better yet, you could request for a site visit or drop by our showroom and take a look at what we have.