Bila tiba masa merombak semula dapur, pelbagai aspek akan diambil kira dari lantai, kabinet, kaunter dan peralatan dapur. Tapi ada yang selalu terlepas pandang, iaitu tingkap sedangkan penggantian dan penempatan tingkap yang betul turut memberi sumbangan besar terhadap nilai tambah dapur kediaman. Lihat empat langkah berikut bagi mendapatkan tingkap dapur ideal.
imej dari: Soo Mill Buildall |
1 JENIS TINGKAP
Memilih tingkap mudah untuk membuka dan menutup seperti awning, sliding atau casement, adalah satu langkah yang bijak Tingkap jenis awning yang boleh ditarik atau ditolak keluar sangat membantu dari aspek pengudaraan. Tingkap sliding atau casement yang menggunakan kaedah engkol ke arah luar untuk membuka dan menutup adalah dua pilihan yang baik untuk kawasan sukar dicapai.
2 JENIS BAHAN
Tingkap di atas kaunter atau sinki, kelembapan dan kekotoran mudah berlaku jadi memilih bahan yang mudah untuk dibersih seperti vynil atau fibreglass adalah penting. Fibreglass window boleh bertahan dalam cuaca panas dan sejuk dan mempunyai kualiti keindahan tersendiri. Tingkap vinyl pula mempunyai kelebihan mudah dijaga dan boleh kelihatan cantik bertahun tahun tanpa perlu di cat.
3 CIRI BERSAMA
Sama ada dapur berkonsep tradisional, moden atau rustik, tingkap baru seharusnya melengkapkan gaya sebuah ruang, tidak berlawanan dan merosakkan konsep. Reka bentuk tingkap menawarkan pelbagai ciri lain untuk dipasangkan bersama jika perlu seperti grill.
4 KEMASAN TINGKAP
Jika anda menggunakan kemasan fabrik langsir, pastikan ia dalam warna bersesuaian. Bidai kayu atau woven wood adalah salah satu cara membantu menapis cahaya yang masuk ke dalam dapur apabila keadaan memerlukan.
Credit to : http://www.creativehomex.com
No comments:
Post a Comment