GANTIKAN LANGSIR DENGAN BIDAI UNTUK RUANG PEJABAT DAN JUGA RUMAH







Pelbagai ilham dan konsep hiasan bermain dalam minda untuk menukar suasana ruang pejabat berbeza dan tidak tampak seperti ruang kediaman.

Bagi yang masih mencari ilham untuk menghias tingkap dalam pejabat, memilih bidai jenis vertical blinds sebagai pelengkap hiasan tingkap merupakan langkah bijak.

Bidai yang berfungsi sebagai penghadang daripada cahaya yang terlalu terang memasuki kediaman, bukan sahaja menyuntik kelainan malah penggunaannya juga mampu menjimatkan ruang dan bajet.

Kini, penggunaan bidai sangat meluas juga untuk hiasan ruang kediaman bagi menampakkan kelainan dalam seni hiasan dalaman. Bagi mereka yang ingin menyuntik kelainan pada langsir yang sedia ada di rumah, penggunaan bidai boleh digabungkan sebagai aksesori tambahan.
  • Kebiasaannya langsir dipasang berlapis-lapis dengan kain renda pada bahagian depan dan belakang bagi mencantikkan ruang, dengan menambahkan bidai pada bahagian belakang langsir ia memberi kesan berbeza. Untuk kesan unik bidai juga boleh digunakan sebagai pengganti kepada langsir
  • Penggunaan bidai tidak hanya terhad pada satu ruang sahaja, malah boleh dipasang pada semua ruang dalam rumah seperti bilik tidur, dapur dan ruang tamu,dan sliding door di pejabat.
Penggunaan bidai pada ruang memberi suasana dan mood berbeza kepada pemiliknya. Selain ruang yang dipasang dengan bidai nampak kemas dan cantik, penggunaannya juga menjadikan ruang dalam rumah dan pejabat lebih luas dan eksklusif.

Pemilihan warna dan corak yang bersesuaian dengan langsir dan konsep rumah juga mampu membangkitkan suasana berbeza dalam rumah.
  • Penggunaan bidai single menjadi trend dalam dekorasi rumah pada masa ini. Pelbagai jenis rekaan bidai di tawarkan di sini seperti Zebra Blind dan Two Layer Blind yang mempunyai dua lapisan serta boleh dilaraskan mengikut kesesuaian cahaya matahari dan kalis api.
  • Bidai ini juga mempunyai fungsi untuk menukar kepada suasana gelap atau terang
  • Bidai Triple Shape pula fungsinya lebih eksklusif dan kalis air. Istimewa ia boleh dilaraskan dengan mudah mengikut kesesuaian dan kehendak pemilik rumah.
  • Kesemua bidai ini direka menggunakan bahan dan material yang berkualiti iaitu 100 peratus polyester. Pelbagai corak dan warna menarik ditawarkan kepada pelanggan mengikut konsep dan kesesuaian dalam ruang rumah mereka. Terdapat corak abstrak dan flora fauna boleh dipilih.



No comments:

Post a Comment

INSTAGRAM FEED

@ai_curtains

GET A QUOTATION


Want to know how much our curtains costs? Leave a message with us and will gladly give you a quotation. Better yet, you could request for a site visit or drop by our showroom and take a look at what we have.