Rumah cantik Anda sudah terlihat kusam?
Mari kita mengecat. Tak ada salahnya mengganti warna dinding rumah anda dengan yang baru. Hasilnya pasti akan nampak lebih segar. Eh, belum tentu! Sebelum Anda membeli cat, pastikan Anda telah memilih warna yang sesuai. Bagaimana cara memilih warna untuk dinding Anda, tentu tak lepas dari pemahaman akan makna dari tiap-tiap warna itu sendiri. Tak banyak warna yang akan disampaikan dalam tips ini tentunya dengan tujuan untuk tak membuat Anda terlalu semakin bingung
Putih. Warna yang sangat neutral, dapat padankan dengan warna apapun. Bagi Anda pecinta ‘bersih’, ingin mendapatkan kesan lapang, simple, warna ini tentu sangat sesuai untuk menghiasi ruang tamu anda. Tetapi tentunya jangan berlebihan kerana dapat menimbulkan kesan dingin, tidak mesra, biasa atau kaku.
Hitam. Wow! Warna ini selalu memberikan kesan elegan, gagah, dengan efek melindungi. Tapi tidak di dominasikan untuk mengaplikasikan warna ini secara menyeluruh. Anda akan mendapatkan kesan suasana kegelapan.
Kuning. Warna ini memberikan kesan teruja, penuh semangat dan mewah. Seringkali disamakan dengan warna emas sebagai lambang kemakmuran. Agak sesuai untuk ruang kerja anda.
Orange. Warna yang mampu memberikan kesan hangat, bahagia, ceria dan penuh semangat. Sesuai untuk ruang makan anda.
Hijau. Warna yang dekat dengan alam. Mampu memberikan kesan teduh, alami, damai, santai, sejuk juga efek menenangkan. Sesuai untuk ruang tidur anda.
Coklat. Warna yang paling disukai kerana kesannya yang hangat, nyaman dan tenang. Sesuai untuk ruang tamu atau ruang keluarga. Anda dapat mengaplikasikannya pada ruangan yang terlalu besar agar tak menimbulkan kesan dingin/sepi.
Biru. Satu lagi warna yang cukup jadi pilihan. Biru laut atau biru langit mampu memberikan nyaman, tenang dan sunyi. Selain itu juga menjadikan ruangan sempit Anda terasa lega/luas. Sangat sesuai untuk kamar tidur anda.
Padan warna yang tepat akan memberikan hasil yang memuaskan. Jadi, terus mencipta warna yang sesuai untuk anda dalam menciptakan karya menarik untuk rumah Anda. Selamat mencuba!
No comments:
Post a Comment