Langsir yang mahal tidak menjadi ukuran bahawa tuan rumah menjaga aurat mereka.
Langsir yang murahpun sebenarnya sudah memadai asalkan tuan rumah tahu batas-batas aurat.
Yang penting adalah orang di luar rumah tidak nampak aurat orang di dalam rumah.
Ramai dikalangan kaum hawa kurang faham tentang aurat.
Betapa ramai yang bertudung tetapi apabila di rumah mereka tidak memakai tudung walaupun ada tetamu?
Mereka fikir di rumah adalah hak kebebasan mereka.
Begitu juga yang bertudung tetapi memakai t-shirt tak berlengan.
Yang agak mendukacitakan lagi ialah mereka yang bertutup lingkup tetapi baju dan seluar 'tight'nya begitu sendat.
Jelas menunjukkan bentuk alur tubuh seorang manusia.
Sebenarnya saya ingin memberi panduan kepada mereka yang masuk rumah sendiri, apatah lagi kalau ia rumah baru.
Bukan nak dibezakan antara rumah lama dan rumah baru tetapi sekiranya kita membeli rumah baru, 'railing curtain' masih belum dibuat lagi tetapi kalau kita beli 'used house', besar kemungkinan tuan punya rumah asal sudah menyediakannya.
Ok begini ceritanya. Sesiapa yang ingin masuk rumah baru, dia boleh upah sesiapa saja yang mahir membuat langsir bersama 'railing'nya.
Pilihan yang kedua ialah dengan dia mengunjungi Jakel Trading.
Dengan membayar deposit RM100, staf Jakel akan datang ke rumah kita dan membuat ukuran jendela dan pintu kita yang perlu dipasang langsir.
Selepas itu, mereka akan membawa balik data ukuran yang telah dibuat dan padankan dengan kain yang kita pilih dan 'come-up with the price'.
Saya sudah membayar deposit RM100 sejak bulan Mei lagi dan mengharapkan staf Jakel dapat datang ukur saiz tingkap dan pintu rumah baru saya dengan segera.
Malangnya, rumah saya yang dibuat sedikit renovasi masih belum siap untuk diukur.
Minggu lepas, setelah rumah siap barulah staf Jakel datang membuat ukuran.
Hari ini, saya bersama isteri, Kak Long dan Asmaa Solehah ke Jakel Trading sekali lagi untuk mendapatkan 'quotation' harga.
Berapakah kos keseluruhan termasuk kain, aluminium, kayu, upah dan sebagainya?
Jenis kain memang telah kami pilih sejak dulu lagi iaitu semasa membuat bayaran deposit RM100.
Setelah bersemuka dengan Puan Tini untuk memberi penjelasan tentang kelabuhan langsir dan sebagainya, beliaupun meminta diri untuk mengira jumlah kos yang akan dikenakan kepada kami.
Sementara menunggu beliau, saya berkata kepada isteri betapa ramainya staf yang bekerja di Jakel Trading di Bandar Baru Uda ini.
Semuanya pada mataku, beragama Islam.
Stafnya pula pada tanggapanku tidak kurang dari 100 orang.
Mungkin mencapai dua tiga ratus yang memenuhi 3 tingkat bangunan yang begitu panjang.
Di kawasan parkir pula ada lagi yang berada di bawah khemah menjual permaidani. Banyaknya pahala Jakel menyediakan peluang pekerjaan kepada orang Islam tanahair.
Setelah lama menunggu sehingga terlelap aku dibuatnya maka Puan Tinipun datang menunjukkan jumlah kos 'curtain, railings and blind' yang perlu kami bayar untuk rumah 'corner lot' kami yang mempunyai 8 bilik tidur.
Harganya RM6,511! Terkejut beruk, kata orang.
Tapi taklah terkejut mana sangatpun kerana ada orang dah datang rumah menawarkan harga RM4,200 untuk melakukannya tanpa menunjukkan jenis kain dan sebagainya.
Ini kainnya kita dah siap pilih. "Kalau Encik nak diskaun, nanti saya panggil bos saya", tanya Puan Tini.
Sambil menunggu saya berkata kepada Kak Long, kalau dapat 'reduce' RM1,000pun dah cukup baik.
Kemudian bosnya pun datang, aku bersalaman dengannya sambil mengucapkan selamat berpuasa. "Tak nak pakai lepas puasa kan? Lambat sikitpun tak apa kan? Ok, kalau gitu... Kalau saya beri 10%pun susah juga. Apa kata kalau saya kira 'lump sum' semua sekali sebanyak RM5,000", tegas bos sambil memicit-micit papan 'calculator'. "Tapi kena bayar separuh dulu sebagai deposit, boleh?", sambung bos lagi.
Aku mengangguk, tanda bersetuju. Aku hanya mengharapkan potongan sebanyak seribu aje tetapi alhamdulillah...
sumber artikel:
http://tokwae.blogspot.com/2013/07/panduan-untuk-membuat-langsir-dan.html#c4672556679622426651
***************
Ok, niat dah betul...InsyaAllah sama-sama dapat pahala.
Ingat ye, aurat perlu ditutup bukan sahaja di luar rumah...dalam rumah pun ada masa perlu ditutup.
Langsir juga membantu kita menutup aurat di dalam rumah.
Rumah di kampung saya tak mahu cerita sebab rumah jauh-jauh.
Di bandar, rumah rapat-rapat...berhadapan.
kalau rumah depan tak pasang langsir...bila malam dan buka lampu...hrmm..
macam wayang...nampak segalanya..kita bukannya nak mengintai tapi dah langsirnya takde...
Ada yang bagus sikit...sementara tunggu langsir siap...tutuplah pintu dan tingkap dengan kain.
Macam-macam kain ada...kain batik...kain pelekat...kain selimut...tuala..
yang tampal guna suratkhabar dn kertas majong pun ada juga..hihi...kreatif betul!
Apa pun tujuan sebenar kita menggantung langsir adalah ingin menjaga aurat kita dan ahli keluarga daripada pandangan orang luar/bukan mahram. Bukanlah tujuan kita kerana malu semata-mata.
Aurat kita adalah maruah kita.
Kita jaga hak Allah, Allah jaga hak kita.
No comments:
Post a Comment