4 ASAS PEMILIHAN LANGSIR



Menjelang hari raya yang bakal tiba, tentu sahaja kita mula sibuk untuk mencari langsir yang sesuai untuk digantikan agar di setiap ruang kediaman kelihatan kemas dan rapi. Justeru itu, pemilihan fabrik langsir yang betul sangat penting agar ia bukan sahaja membantu menambah gaya hiasan rumah, tetapi juga dapat membuatkan anda berasa selesa di rumah. Jadi kami kongsikan beberapa tip pemilihan langsir yang mungkin dapat membantu anda mendapatkan langsir yang terbaik. 

1. Kenal pasti reka bentuk & jenis tingkap
Anda perlu mengenal struktur , ukuran, bentuk dan juga kedudukan tingkap. Misalnya jika mempunyai tingkap agak sempit dan tidak sesuai untuk mengantung langsir, pasanglah bidai kerana setiap tingkap mempunyai reka bentuk berbeza serta memerlukan rekaan dan gaya langsir yang turut berlainan.


2. Ikut selera sendiri

Ikutlah gerak hati dan cita rasa sendiri dalam membentuk sesuatu gaya di ruang kediaman . Jika inginkan hiasan dalaman bergaya dalam konsep kedesaan,inggeris, moden, minimalis, maka pilihlah gaya langsir yang tidak lari dari konsep yang ingin ditampilkan.


3. Pastikan fungsi langsir
- Sebelum anda memutuskan reka bentuk langsir dan fabrik yang ingin digunakan disesuatu ruang pastikan dahulu fungsi langsir , sama ada

- Untuk ruang makan, ruang keluarga, ruang tamu mahupun bilik anak-anak.

- Untuk menebat haba atau bunyi

- Untuk menghalang kemasukan terus sinar ultra ungu matahari dan melindungi penglihatan orang di luar.


4. Tentukan kedudukan tingkap dengan pandangan luar.

-Jika kedudukan tingkap melontar pada pemandangan yang indah di luar maka sudah tentulah pemasangan langsir tebal tidak digalakkan kerana itu hanya akan menghalang kita dari menikmati keindahan suasana di luar.

- Sebaliknya anda boleh memilih bidai roman atau jika mahu memasang langsir sekali pun, gunakan fabric jenis nipis dan jarang seperti renda atau organza. Dan jika perlu melindungi pergerakan di dalam rumah dari dilihat orang maka dicadangkan supaya memasang langsir berlapis , iaitu mengunakan fabric keras didalam dan fabrik nipis bahagian luar.


https://aicurtains.blogspot.my/


https://aicurtains.blogspot.my/


(Tip Tambahan)

- Untuk nampak eksklusif, gantung tinggi langsir daripada ukuran tingkap.

- Padankan warna, corak langsir yang sesuai mengikut konsep pilihan.

- Elakkan menggunakan warna gelap atau corak sarat kerana boleh menjadikan ruang nampak serabut dan sempit.

- Warna paling tepat untuk ruang tamu ialah pastel kerana ia senang digayakan dengan apa jua jenis langsir, perabot dan perincian lain, malah nampak lebih eksklusif serta elegan.

~credit to impiana:ruziana zainal~


No comments:

Post a Comment

INSTAGRAM FEED

@ai_curtains

GET A QUOTATION


Want to know how much our curtains costs? Leave a message with us and will gladly give you a quotation. Better yet, you could request for a site visit or drop by our showroom and take a look at what we have.